Polis siasat dakwaan murid Tahun Satu dipukul rakan di sekolah

No Image Caption
A
A
A

AMPANG – Polis telah menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid lelaki dipukul rakan sekelas di sebuah sekolah kebangsaan di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya terkesan video tular yang dimuat naik di media sosial kira-kira jam 2.45 petang Rabu.

"Kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki pada jam 3.06 petang Isnin. Setakat ini tiada tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang bapa mendakwa anaknya merupakan murid Darjah Satu ditampar di bahagian muka oleh seorang rakan sekelas kerana berjalan terlalu perlahan ke tandas.

Bapa murid berkenaan memaklumkan, ekoran kejadian itu, anaknya mengalami kecederaan yang serius pada bahagian muka.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis telah menerima laporan tentang seorang murid lelaki dipukul oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah kebangsaan di Ampang
  • Video insiden tersebut tular di media sosial
  • Laporan polis dibuat pada jam 3.06 petang Isnin
  • Tiada tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
  • Anak mangsa, murid Darjah Satu, ditampar kerana berjalan terlalu perlahan ke tandas dan mengalami kecederaan serius pada muka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!