42 tahanan asing dihantar pulang ke negara asal

TANAH MERAH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menghantar pulang 42 tahanan asing ke negara asal pada Rabu.
Timbalan Pengarah JIM Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua tahanan merupakan individu yang sudah melengkapkan proses perundangan serta dokumentasi perjalanan melalui kedutaan negara masing-masing.
"Antara tahanan terlibat dari Kemboja, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan yang dihantar pulang melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kesemua tahanan itu turut dikenakan tindakan senarai hitam berdasarkan kesalahan yang dilakukan sebelum dibawa pulang ke negara asal.
Katanya, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM Kelantan dalam memperkukuh pengurusan tahanan serta memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menghantar pulang 42 tahanan asing ke negara asal pada Rabu
- Kesemua tahanan telah melengkapkan proses perundangan dan dokumentasi perjalanan
- Tahanan terlibat dari Kemboja, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan
- Kesemua tahanan dikenakan tindakan senarai hitam atas kesalahan dilakukan
- Inisiatif ini adalah sebahagian usaha JIM Kelantan memperkukuh pengurusan tahanan dan mematuhi SOP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

