Anggota polis maut nahas, pemandu kereta larikan diri

IPOH - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tiger Lane, di sini pada Rabu.
Dalam nahas sekitar jam 3.30 petang itu, mangsa Koperal Mohd Hafizan Othman, 33, bertugas di Balai Polis Kampung Rapat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dalam perjalanan untuk memulakan tugasan jam 4 petang hingga 11 malam.
"Siasatan awal mendapati, nahas berlaku membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut didapati telah melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya berhampiran tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke lHospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga.
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ghurab di Jalan Kuala Kangsar esok (Khamis)," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Ringkasan AI
- Anggota polis maut dalam kemalangan di Jalan Tiger Lane Ipoh
- Mangsa ialah Koperal Mohd Hafizan Othman berumur 33 tahun
- Kemalangan melibatkan motosikal Yamaha Y16ZR dan kereta Perodua Myvi
- Pemandu kereta Myvi melarikan diri selepas kemalangan
- Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

