Kes gubah wang haram: Bekas PTD, isteri tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinya masing-masing tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.10 dan 8.20 pagi pada Khamis.
Difahamkan pasangan ini berdepan empat pertuduhan mengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Pada Rabu, menerusi kenyataan media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa pasangan suami isteri itu telah diperoleh.
Ia berhubung siasatan kes membabitkan kes tender perolehan pasukan itu.
Ringkasan AI
- Bekas Panglima Tentera Darat dan isterinya hadir ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur
- Pasangan ini berdepan empat pertuduhan mengubahan wang haram
- Dakwaan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat izin Peguam Negara untuk mendakwa
- Kes berkaitan dengan tender perolehan pasukan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
