Kantoi tonton video lucah dalam masjid

Video tersebut ditularkan di media sosial dan kejadian didakwa berlaku 27 Disember tahun lalu.
Video tersebut ditularkan di media sosial dan kejadian didakwa berlaku 27 Disember tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Tular di media sosial memaparkan perbuatan tidak senonoh menonton video lucah di percayai dalam pejabat sebuah masjid di Bukit Baru di sini.

Perbuatan itu terbongkar selepas disedari orang awam yang menjengah melalui tingkap kaca pejabat berkenaan dan melihat skrin komputer memaparkan kandungan tidak bermoral itu.

Pelaku didakwa merupakan setiausaha masjid berkenaan yang dilihat panik dan segera menutup paparan skrin selepas diterjah oleh saksi di lokasi kejadian.

Video berdurasi hampir dua minit itu dikatakan dirakam pada 27 Disember lalu, kira-kira jam 9 pagi, ketika perakam yang memperkenalkan diri sebagai Imam Adhad berada di masjid tersebut, menjadi saksi nikah.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden berkenaan.

“Saya akan membawa isu ini untuk dibincangkan dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa masjid pada minggu hadapan,” katanya ringkas.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tular video tidak senonoh di pejabat masjid Bukit Baru, Melaka
  • Perbuatan diperhatikan melalui tingkap oleh orang awam
  • Setiausaha masjid didakwa sebagai pelaku
  • Kejadian dirakam pada 27 Disember, saat ada saksi nikah
  • Exco akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!