SHAH ALAM - Pakatan Harapan mempersoalkan makna Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzukifli Ahmad.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ‘ikrar’ tersebut menunjukkan kurangnya kreativiti dalam agensi itu sedangkan sebelum ini SPRM mempunyai banyak idea pencegahan yang lebih sofistikated.

“Isunya, KP SPRM yang ada hari ini, apa sebenarnya kelayakan beliau dalam memerangi rasuah? Adakah dengan menangkap pesalah rasuah setiap minggu akan menyelesaikan masalah?

“Adakah dengan mencadangkan revolusi Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah), melawat serta bermesra dengan rakyat sambil memberi bantuan makanan dan berikrar sahaja akan menyelesaikan masalah rasuah?” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

IBR merupakan usaha sama antara agensi-agensi dengan SPRM untuk mendapatkan komitmen pimpinan organisasi tersebut dalam usaha membanteras jenayah rasuah.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM kesal Pulau Pinang enggan tandatangani IBR]

Tambahnya lagi, beliau turut meminta agar KP SPRM memberikan bukti konkrit bahawa rasuah dapat dibanteras hanya dengan berikrar.

“Apa bukti empirikal yang  boleh ditunjukkan bahawa dengan berikrar, isu rasuah dpt diselesaikan? Negara mana dalam dunia ini yang mampu membanteras rasuah dengan hanya berikrar?

“Saya melihat sandirwara ini sebagai usaha untuk menutup ‘bangkai gajah’ serta mengalihkan pandangan untuk menaikkan namanya di mata media,” katanya lagi.

Sementara itu, Saifuddin menyatakan rasa hairannya susulan dakwaan mengatakan bahawa Pulau Pinang telah ingkar.

“Jadi, apa maksud Pulau Pinang Ingkar dan pada perintah siapa?” soalnya lagi.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERUS - Rekod bersih tanpa kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990 hingga kini, menjadi faktor bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar menyokong perjuangan parti berkenaan.
  • SHAH ALAM - Jemputan yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pertemuan dengan Presiden Britain, Theresa May dilihat seperti talam dua muka.
  • GEORGETOWN - Tindakan PKR Pulau Pinang yang menjauhkan diri dari Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dilihat satu perbuatan tidak wajar dan amat menyedihkan berikutan beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya menyokong desakan agar semua penjawat awam mengisytiharkan harta secara berkanun setiap tahun dan maklumat itu disiarkan kepada pengetahuan umum.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.