KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat ke-249  Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Keberangkatan baginda diiringi  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat hadir ialah semua raja-raja Melayu kecuali Sultan Pahang dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.  

Pada hari kedua mesyuarat yang bermula kira 10.40 pagi itu, raja-raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiri­ngi ketua menteri masing-masing.  

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. - Bernama