Kontrak Azam Baki sebagai KP SPRM dilanjutkan

Azam. Foto Bernama
Azam. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilanjutkan untuk tempoh satu tahun.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan, pelanjutan kontrak itu berkuat kuasa Ahad ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Azam," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Azam, 61, bersara wajib pada Mei tahun lalu dan disambung kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya bagi tempoh setahun yang berakhir bulan ini.

Beliau berpengalaman selama 40 tahun dalam SPRM dengan memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1984.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: