Safiq Rahim pula jadi mangsa serangan

Cermin belakang kereta Safiq yang dipecahkan dua individu tidak dikenali.
Cermin belakang kereta Safiq yang dipecahkan dua individu tidak dikenali.
A
A
A

PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu oleh dua individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan kelab itu di Seri Gelam pada malam Selasa.

Insiden itu dikongsikan Safiq menerusi laman Instagramnya bersama salinan laporan polis yang dibuatnya selepas kejadian itu.

"Tak sangka saya pula kena serang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kena berjaga-jaga," katanya.

Menerusi laporan polis itu, kejadian berlaku pada jam 10 malam semasa dia memandu kenderaannya selepas selesai mengambil barang di pusat latihan JDT.

"Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan salah seorang pembonceng itu mengeluarkan tukul mengetuk cermin belakang kereta.

"Ketukan itu membuatkan saya terkejut dan memberhentikan kereta dan kedua-dua lelaki itu berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.

"Akibat takut, saya mengundurkan kenderaan dan dua lelaki itu beredar," katanya dalam laporan polis itu.

Insiden terbaharu itu nyata membimbangkan selepas dua kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid dan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun di hadapan kediamannya di Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!