Sesat 6 jam kerana Waze, pemuda menangis kebingungan

Mangsa yang tersesat ditemui kira-kira 10 kilometer ke dalam hutan. Foto media sosial
Mangsa yang tersesat ditemui kira-kira 10 kilometer ke dalam hutan. Foto media sosial
A
A
A

SIK - Gara-gara menggunakan aplikasi pandu arah, Waze untuk pulang ke rumah abang di Sungai Petani, seorang penunggang motosikal sesat kira-kira enam jam dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Lelaki berusia 32 tahun dikatakan bekerja di Pulau Pinang, namun baharu selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.

Pasukan bomba berjaya menjejaki kedudukan mangsa dengan berpandukan penduduk kampung. Foto media sosial
Pasukan bomba berjaya menjejaki kedudukan mangsa dengan berpandukan penduduk kampung. Foto media sosial

Dia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan berpandukan aplikasi trafik Waze, namun tersesat sehingga masuk ke kawasan hutan kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian setelah dihubungi mangsa kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, berpandukan arah penduduk kampung, pihaknya cuba menjejaki mangsa yang tersesat.

Pasukan bomba cuba mententeramkan mangsa dan memberikan rawatan awal. Foto media sosial
Pasukan bomba cuba mententeramkan mangsa dan memberikan rawatan awal. Foto media sosial

"Difahamkan, mangsa menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, namun buntu sehingga memasuki kawasan hutan yang tiada liputan telekomunikasi.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga jam 7 pagi, mangsa cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba," katanya.

Menurut Zulkhairi, setelah operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mangsa ditemui pada jam 8.10 pagi jauh ke dalam hutan lebih kurang 10 kilometer dari jalan raya dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis akibat panik dan kebingungan.

Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur untuk rawatan lanjut. Foto media sosial
Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur untuk rawatan lanjut. Foto media sosial

"Kita memberi rawatan awal dan menenteramkan mangsa, seterusnya dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur dan dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!