PM Lubnan akhirnya letak jawatan

Hassan Diab merupakan Perdana Menteri Lubnan yang kedua meletakkan jawatan dalam tempoh 10 bulan. - Foto AFP
Hassan Diab merupakan Perdana Menteri Lubnan yang kedua meletakkan jawatan dalam tempoh 10 bulan. - Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab meletakkan jawatan semalam di tengah-tengah kemarahan di dalam dan di luar kerajaannya berhubung letupan bom di Pelabuhan Beirut pada Selasa lalu.

Diab, 61, mempersalahkan ketidakcekapan serta rasuah yang berlaku selama berdekad dalam kelas pemerintahan sebagai punca kejadian tersebut berlaku.

"Pada hari ini (semalam) kami tunduk kepada rakyat dan tuntutan mereka bagi memikul tanggungjawab pihak yang melakukan malapetaka ini.

"Itulah sebab kenapa saya mengumumkan peletakan jawatan daripada kerajaan," katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Politik di negara itu dikuasai oleh bekas-bekas panglima perang semasa dalam Perang Saudara yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1990 dan mengubah mereka yang berpakaian tentera kepada pakaian sut.

"Rasuah yang mereka lakukan mencipta tragedi ini.

"Antara kita dan perubahan adalah berdirinya dinding yang tebal yang dilindungi oleh taktik kotor," katanya yang dinamakan sebagai Perdana Menteri pada bulan Disember lalu.

Beliau merupakan Perdana Menteri kedua yang meletakkan jawatan dalam tempoh 10 bulan.

Artikel Berkaitan:

Kerajaannya dibentuk pada Januari lalu untuk menangani krisis ekonomi telah menjadi sasaran kecaman sejak kejadian letupan besar itu sehingga membunuh 160 orang dan mencederakan 6,000 lagi dan memusnahkan sebahagian kawasan Beirut.

Pihak berkuasa berkata, kejadian itu disebabkan oleh kebakaran di kawasan gudang iaitu tempat sejumlah ammonium nitrat disimpan yang pada kebiasaannya digunakan sebagai baja tetapi disimpan selama beberapa tahun dalam keadaan tidak selamat.

Sebelum Diab membuat pengumuman itu, empat menteri sudah memutuskan untuk tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan yang menunjukkan mereka bersedia untuk dipersalahkan dalam kejadian tersebut.

Sekurang-kurangnya sembilan wakil rakyat turut menyatakan bahawa mereka juga akan meletakkan jawatan. - AFP