Lima termasuk anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala

Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand. - Gambar hiasan
Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand. - Gambar hiasan
A
A
A

YALA - Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand.

Pemangku Ketua Polis Kota Baru, Leftenan Kolenel Pol Pornchai Chusong berkata, dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, empat anggota polis yang menaiki sebuah pikap melakukan rondaan berdekatan dengan sebuah sekolah.

"Sebutir bom buatan sendiri seberat 10 hingga 15 kilogram dipasang pada tong gas dan ditanam di tepi jalan meletup ketika pikap melalui tempat kejadian.

"Letupan itu menyebabkan empat anggota polis dalam pikap dan seorang penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian cedera. Semua mangsa yang cedera digegaskan ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.