Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris

Tangkap layar status dimuat naik Idris di laman Facebooknya pada Ahad.
Tangkap layar status dimuat naik Idris di laman Facebooknya pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.

Menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial Facebooknya pada Ahad, Idris turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan tertinggi yang disandangnya di dalam parti itu.

"UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. Zahid Hamidi perlu letak jawatan," tulisnya.

Keputusan PRN di enam negeri menyaksikan BN merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi.

BN hanya menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, dua masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang serta satu di Kelantan.

Lebih mengejutkan apabila kerusi yang disandang dua bekas menteri besar Terengganu iaitu di DUN Kijal dan Seberang Takir serta beberapa kubu kuat BN di Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Air Putih dan Langkap turut tumbang dalam PRN itu.

Kesemua 10 kerusi tersebut termasuk dalam kerusi-kerusi yang dimenangi BN di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Pertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang

PN sapu bersih 32 kerusi DUN, satu Parlimen di Terengganu

PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang

PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi tertinggi