Derita Uighur: Pas tak pernah diam diri

Pas
Pas
A
A
A

GOMBAK - Pas tidak pernah berdiam diri dalam isu etnik Uighur di Xinjiang, China yang berdepan penindasan di negara sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya ada usaha untuk membantu mereka sebelum ini, namun tidak dinyatakan lanjut.

"Pas sudah berjumpa dengan wakil masyarakat Uighur (sebelum ini dalam usaha membantu mereka)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Sejarah Pas, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:Jangan biarkan etnik Uighur terus ditindas!]

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan menghantar rombongan ke Turki bagi membantu pelarian masyarakat Uighur di sana, dalam masa terdekat ini.

"Kita pun sudah menyalurkan bantuan kepada pelarian Uighur yang berada di sempadan Turki sebelum ini," katanya.

Beliau berharap agar isu itu diangkat di peringkat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada kerajaan China supaya tidak melakukan tindakan sewenang-wenangnya kepada etnik Uighur.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kira-kira 11 juta etnik Uighur yang menetap di Xinjiang bakal 'lenyap' dalam tempoh singkat apabila pemerintah China secara konsisten dan sistematik cuba untuk menghilangkan identiti masyarakat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mereka saban hari ditekan, malah ada yang dibunuh dengan kejam kerana mempertahankan hak asasi mereka iaitu hak untuk mengamalkan ajaran Islam.

Pengasas Uighur Cash Waqf berkata, Prof Dr Buerhan Saiti berkata, apa yang boleh digambarkan beliau ketika ini, keadaan di sana adalah sangat meruncing, malah boleh dikatakan lagi teruk keadaannya daripada apa yang dialami rakyat Palestin.