'Saya tak pernah bercita-cita jadi MB' - Mohd Nassuruddin

Anggap amanah dan takdir daripada Allah SWT.

Mohd Nassuruddin ketika menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat yang pertama sebagai Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.
Mohd Nassuruddin ketika menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat yang pertama sebagai Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjawat jawatan itu.

Bagaimanapun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu, beliau menerima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

“Saya tak pernah bercita-cita menjadi Menteri Besar dan saya sendiri pun mencadangkan nama orang lain yang lebih layak.

“Namun, ini semua amanah dan takdir daripada Allah SWT,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat yang pertama sebagai Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Mohd Nassuruddin juga meminta rakyat di negeri itu supaya bersama-sama untuk memperjuang dan menegakkan agama Islam seterusnya membangunkan Kelantan.

Kata beliau, rakyat hanya perlu taat kepada pemimpin yang beriman kepada Allah dan sentiasa memperbetulkan kesilapan sesama sendiri.

“Kalau saya buat silap, tolong perbetulkan dan beri nasihat serta pandangan yang membina.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang menghadiri Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu di Kota Bharu, di sini pada Jumaat.
Orang ramai yang menghadiri Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu di Kota Bharu, di sini pada Jumaat.



“Saya juga minta dijauhi daripada sifat pembohong atau khianat sepanjang menggalas amanah ini,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan ketiga selepas Pas mengambil alih Kelantan pada 1990.

Sebelum ini, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Ahmad Yakob.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Nassuruddin mempertahankan kerusi DUN Meranti selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zahri Omar dengan majoriti 9,154 undi.

Bekas Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri itu mempertahankan kerusi berkenaan sejak 1999.

Nassuruddin yang mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar, Mesir ialah Ketua Penerangan Pas Kelantan dan turut digelar Panglima Perang Pas Kelantan.