Pendidikan kekal jadi keutamaan dalam agenda pembangunan Malaysia -PM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendidikan kekal sebagai penyamarataan paling utama dalam agenda pembangunan Malaysia, dengan kerajaan memperuntukkan lebih RM84 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi memperkukuh reformasi pendidikan dan latihan.
Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bukan sahaja melibatkan komitmen kewangan, tetapi juga tekad untuk melaksanakan reformasi pendidikan dan latihan yang menggalakkan fleksibiliti, mobiliti dan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan perubahan keperluan pasaran tenaga kerja.
"Reformasi ini memberi respons kepada pasaran pekerjaan yang sedang melalui fasa peralihan, di mana kemahiran perlu sentiasa diperbaharui, kerjaya berkembang dan pekerja memerlukan sokongan di pelbagai peringkat kehidupan.
"Pendidikan hari ini mesti melengkapkan rakyat Malaysia bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga keupayaan menyesuaikan diri, daya tahan, serta keyakinan untuk mengharungi perubahan,” katanya dalam ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Bernama
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan pendidikan sebagai penyamarataan utama dalam pembangunan Malaysia
- Kerajaan memperuntukkan lebih RM84 bilion dalam Belanjawan 2026 untuk reformasi pendidikan dan latihan
- Peruntukan ini bertujuan untuk melaksanakan reformasi yang menggalakkan fleksibiliti, mobiliti dan pembelajaran sepanjang hayat
- Reformasi pendidikan ditujukan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja yang berubah
- Pendidikan di Malaysia bertujuan melengkapkan rakyat dengan ilmu, kemampuan menyesuaikan diri, daya tahan, dan keyakinan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
