Hong Kong kembali bergolak

Penunjuk perasaan prodemokrasi ditahan anggota keselamatan di daerah Causeway Bay di Hong Kong semalam. - FOTO: AGENSI
Penunjuk perasaan prodemokrasi ditahan anggota keselamatan di daerah Causeway Bay di Hong Kong semalam. - FOTO: AGENSI
A
A
A

HONG KONG - Keganasan didakwa semakin meningkat di Hong Kong selepas protes ganas membantah rancangan China untuk memperkenalkan undang-undang keselamatan baharu kembali tercetus.

Beijing merancang menggubal undang-undang itu bagi memerangi rancangan pemisahan dengan China, gerakan untuk melemahkan sistem pemerintahan sedia ada dan aktiviti pengganas.

Rancangan itu mencetuskan tentangan kumpulan prodemokrasi yang bimbang rancangan itu akan menyekat kebebasan di hab kewangan Asia terbabit walaupun mendapat sokongan kuat agensi penguatkuasaan termasuk kastam dan bomba.

“Keganasan semakin berkembang dan aktiviti seumpama itu mengancam keselamatan negara. Perjuangan menuntut ‘kemerdekaan’ Hong Kong semakin berleluasa.

Dalam tempoh beberapa bulan, Hong Kong telah berubah daripada sebuah bandar paling selamat kepada bandar yang dicengkam keganasan,” kata Setiausaha Keselamatan, John Lee.

Semalam, polis turut menahan lebih 180 penunjuk perasaan selepas pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kumpulan protes antikerajaan yang kembali mengadakan protes dan melanggar peraturan untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Chris Tang berkata, terdapat 14 kes melibatkan bahan letupan yang biasa digunakan oleh penyerang di luar negara selain lima rampasan melibatkan senjata api dan peluru sejak demonstrasi itu bermula pada Jun 2019. - AFP

Artikel Berkaitan: