PRK: Sokongan rakyat kepada PN dijangka semakin meningkat

Tuan Ibrahim Tuan (empat, kiri) menyerahkan watikah pelantikan calon kepada calon PN yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, Prof Madya Dr Mohd Mazri Yahya pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional di Markaz Pas Kawasan Bakri, pada Rabu. - Foto Bernama.
Tuan Ibrahim Tuan (empat, kiri) menyerahkan watikah pelantikan calon kepada calon PN yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, Prof Madya Dr Mohd Mazri Yahya pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional di Markaz Pas Kawasan Bakri, pada Rabu. - Foto Bernama.
A
A
A

MUAR - Sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dijangka memuncak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, kali ini.

Menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, senario itu bakal mengulangi kemuncak sokongan rakyat kepada PN seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.

“Saya lihat gelombang di Johor tidak berlaku perubahan sebab PRN di negeri itu diadakan awal dan tidak sama dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Sebab itu ia penting PRK ini kita mahu tengok bagaimana momentum sokongan di seluruh negara, (enam negeri yang melalui PRN baru-baru ini) akan turut dirasai di negeri ini.

“Oleh itu, PRK Pulai dan Simpang Jeram juga akan menjadi pengukur sejauh mana sokongan rakyat Johor terhadap Perikatan Nasional,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Bakri di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan calon PN DUN Simpang Jeram Dr Mohd Mazri Yahya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, PN menyasarkan sejumlah 70 peratus rakyat Johor akan keluar mengundi bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram kali ini.

Katanya, sasaran itu dibuat berdasarkan kepada situasi yang berlaku pada PRN di enam negeri baru-baru ini yang menyaksikan peratusan keluar mengundi meningkat.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kita tengok situasi yang berlaku pada PRN di enam negeri yang lepas peratus yang keluar mengundi agak tinggi.

“Sekali gus, ini menunjukkan rakyat mahukan gelombang perubahan dan kita sasarkan rakyat Johor akan keluar mengundi pada PRK di dua kawasan berkenaan (Pulai, Simpang Jeram),” katanya.