X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: Lima individu ditahan di Pasar Jalan Othman

Nik Ezanee (kanan) meninjau PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman, hari ini.
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan lima individu selepas disyaki ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Pasar Jalan Othman di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, salah seorang ialah memandu lori di bawah pengaruh alkohol berhampiran pasar itu tengah malam tadi.

"Lelaki berusia 30-an itu dilihat memberhentikan kenderaannya dalam keadaan mengejut selepas mendapati ada kawat duri dipasang di kawasan berkenaan," katanya.

"Selepas memeriksa kita syaki lelaki itu mabuk. Suspek lain yang ditangkap pula ialah mereka mahu meloloskan diri dari kawasan PKPD," katanya kepada media di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, PKPD di kawasan itu membabitkan tiga zon yang merangkumi keluasan 34 hektar dengan 439 rumah didiami kira-kira 2,600 penduduk termasuk warga asing.

"Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula mendirikan tiga pusat ujian koronavirus (Covid-19) masing-masing di Zon A, B dan C kawasan itu.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat mula menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk sejak awal pagi tadi dan penduduk kemudian akan dipanggil untuk jalani saringan Covid-19," katanya.

Kawasan itu diletakkan bawah PKPD bermula hari ini hingga 23 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD terbaharu di Pasar Jalan Othman Petaling Jaya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!