DBKL sita barangan halang laluan sekitar Pasar Borong KL

12 buah premis dikenakan tindakan sita dan pindah barangan perniagaan yang membuat halangan
12 buah premis dikenakan tindakan sita dan pindah barangan perniagaan yang membuat halangan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan perniagaan di 12 premis kerana menghalang laluan di kawasan awam, lorong belakang, siar kaki dan kaki lima di sekitar Jalan Batu View, Jalan 1/3A Pusat Bandar Utara, Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

Dalam operasi Aktiviti Perniagaan Dikendalikan Warga Asing itu, Pegawai Jabatan Penguatkuasa menyita kesemua barangan dan peralatan tersebut sebelum ditunda ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk rekod dan simpanan sementara.

DBKL dalam kenyataan di Facebooknya berkata, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan tegas itu dilakukan terhadap premis dan aktiviti perniagaan borong sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit sekitar kawasan pasar borong berkenaan.

Kesemua barangan dan peralatan tersebut sebelum ditunda ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras
Kesemua barangan dan peralatan tersebut sebelum ditunda ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras

"Ini melibatkan premis-premis perniagaan yang menggajikan warga asing tanpa kebenaran terutamanya dari Myanmar.

"12 buah premis dikenakan tindakan sita dan pindah barangan perniagaan yang membuat halangan tred di kawasan awam, lorong belakang, siar kaki, kaki lima dan jalan awam di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," kata DBKL.

DBKL menambah, lima notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana mengambil mana-mana pekerja warga asing tanpa permit sah DBKL.

Artikel Berkaitan: