Pejabat Sinar Harian Perak dipecah masuk

Keadaan pejabat Sinar Harian berselerak setelah dipecah masuk awal pagi, hari ini.
Keadaan pejabat Sinar Harian berselerak setelah dipecah masuk awal pagi, hari ini.
A
A
A

IPOH - Pejabat Sinar Karangkraf Sdn Bhd Edisi Perak di Pusat Perdagangan Greentown di sini, dipecah masuk pencuri, awal pagi, hari ini.

Kejadian kali keempat yang menimpa pejabat Sinar Harian Perak itu disedari oleh wartawan, Noor Ainon Mohamed Yusof, 34, yang pulang membuat liputan tugas kira-kira jam 12.30 tengahari.

Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Perak, Saifullah Ahmad berkata, dalam kejadian itu, sebuah kamera jenis Sony Alpha dan tabung duit siling milik wartawan dengan nilai keseluruhan RM2,550 telah dilarikan.

Pencuri memotong gril tingkap bahagian belakang pejabat.
Pencuri memotong gril tingkap bahagian belakang pejabat.

Menurutnya, pencuri terbabit telah memasuki pejabat dengan memotong gril tingkap bahagian belakang pejabat di tingkat satu itu.

"Saya dimaklumkan oleh wartawan yang selesai tugas pagi memaklumkan ruang pejabat dalam keadaan berselerak dengan tingkap terbuka dengan kesan potong.

"Apabila memeriksa keseluruhannya, kamera dan duit milik wartawan telah hilang. Saya segera membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: