Wacana Sinar Harian segarkan idea dan minda masyarakat

Dr Afif
Dr Afif
A
A
A

SHAH ALAM - Isi diskusi yang menarik dalam Wacana Sinar Harian yang silih berganti episodnya itu secara tidak langsung berjaya menyegarkan idea dan minda dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Bekas Calon Parlimen Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin berkata, platform itu juga membantu ke arah falsafah pembaharuan negara yang lebih baik.

“Tahniah kepada Sinar Harian dan wacananya kerana telah tampil dengan 400 episod.

“Saya doakan agar Wacana Sinar Harian terus berjaya dalam menjadi platform perbincangan melibatkan kemaslahatan masyarakat keseluruhannya dan juga yang melibatkan kepentingan pembentukan negara bangsa kita Malaysia,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Wacana Sinar Harian Siri ke-400 yang berlangsung pada 6 Jun ini akan menampilkan empat pemimpin utama politik negara iaitu Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) Pusat, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu juga turut mengundang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Nor Azrina Surip.