Isu rumah ibadat haram: Zainul Rijal tegur 3 langkah kerajaan Selangor

Zainul Rijal
Zainul Rijal
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang peguam menegur dan mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan itu didakwa bertentangan dengan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan berkaitan pemilikan tanah serta hak menikmati pemilikan tersebut.

Beliau menambah, ia juga tidak selaras dengan undang-undang, khususnya Kanun Tanah Negara yang mengatur penggunaan tanah dan pencerobohan, serta menafikan hak tuan tanah.

"Dalam masa sama, kenyataan yang dibuat itu tidak selari dengan keputusan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan kewajipan dan cara mengendalikan hak berkaitan pemilikan?

"Malah, ia juga tidak selari dengan pendirian sebuah pihak berkuasa tempatan yang menyatakan tuan tanah perlu menyelesaikan sendiri isu pencerobohan dalam tanah miliknya sendiri," katanya menerusi laman Facebook Pada Jumaat.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor menyarankan tiga langkah segera berkaitan isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara.

Amirudin berkata, sebagai langkah pertama, pemilik tanah perlu membuat laporan polis bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan sekiranya terbukti berlaku pencerobohan proses pendakwaan boleh dimulakan.

Menurut beliau, langkah kedua pula, notis rasmi perlu dihantar kepada pihak penceroboh dan Pejabat Daerah dengan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) diaktifkan untuk meneliti perkara itu.

"Langkah ketiga, JKD bertindak sebagai pengantara dengan memanggil semua pihak berkaitan termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, PDRM dan PBT bagi mencapai penyelesaian yang munasabah.

Artikel Berkaitan:

Zainul Rijal turut mendakwa pihak polis dan PBT tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis dan aduan telah dibuat.

"Perkara itu seolah-olah mengiktiraf sesuatu yang tidak mengikut undang undang dan meletakkan beban kepada orang yang mengikut undang undang.

"Tahukah Yang Amat Berhormat Dato Sri," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Seorang peguam menegur kenyataan Menteri Besar Selangor berhubung isu rumah ibadat tanpa kelulusan
  • Kenyataan itu didakwa bertentangan dengan hak milik tanah dan undang-undang seperti Kanun Tanah Negara
  • Tidak selaras dengan keputusan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
  • Kerajaan Selangor menyarankan tiga langkah segera untuk menangani isu tersebut bagi memastikan keharmonian
  • Peguam mendakwa pihak polis dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil tindakan walaupun ada laporan dan aduan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!