Selangor sedia laksana titah Sultan Sharafuddin berkaitan isu babi, rumah ibadat - Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini, selain menegaskan larangan pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dan akan memastikan pelaksanaannya dibuat dengan sebaik mungkin.
“Saya semalam (Selasa) sudah mengeluarkan kenyataan berhubung titah Sultan Selangor.
“Kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Usahawan Program Bazar Ramadan Selangor Tahun 2026 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13 di sini pada Rabu.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan Sultan Sharafuddin bertitah bahawa aktiviti penternakan babi tidak wajar diteruskan di mana-mana daerah di Selangor susulan kebimbangan terhadap implikasi pencemaran alam sekitar serta boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat setempat.
Pada hari yang sama, baginda turut bertitah bahawa setiap pembangunan yang dijalankan di negeri ini perlu mematuhi undang-undang sedia ada serta amalan tadbir urus yang baik.
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor akan melaksanakan titah Sultan Selangor yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi di negeri itu
- Larangan pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran ditegaskan
- Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari akan memastikan pelaksanaan titah dibuat sebaik mungkin
- Titah dikeluarkan susulan kebimbangan terhadap pencemaran alam sekitar dan ketegangan dalam masyarakat
- Setiap pembangunan di Selangor perlu patuh kepada undang-undang sedia ada dan amalan tadbir urus yang baik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

