Bapa, anak lelaki ditahan disyaki terlibat kes bunuh, kerat wanita

KOTA KINABALU - Dua beranak ditahan disyaki ada kaitan dengan pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat beberapa bahagian sebelum ditemui di tempat pembuangan sampai di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada Khamis.
Difahamkan, tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 70-an manakala anak lelakinya berusia 20-an dalam operasi yang dilaksanakan pasukan polis.
Setakat ini, motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada cemburu namun siasatan masih dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
