Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL: UIAM dalam peringkat sediakan draf laporan akhir kajian - JWP

Kenyataan media JWP pada Khamis.
Kenyataan media JWP pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam peringkat menyediakan draf laporan akhir mengenai Kajian Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] untuk dibentangkan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Menerusi satu kenyataan, JWP berkata, terma rujukan kajian merangkumi analisis dasar, sejarah perundangan, perundangan berkaitan dan kajian perbandingan undang-undang luar negara bagi mengenal pasti serta menilai kebolehlaksanaan pindaan akta tersebut.

“Sehingga kini, UIAM telah mengemukakan Laporan Insepsi/Awalan yang lengkap pada 16 Disember 2025 dan telah dibentangkan kepada JWP pada 12 Januari 2026.

“Laporan Interim yang lengkap telah dikemukakan pada 27 Januari 2026 dan dibentangkan kepada JWP pada 28 Januari 2026,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh pada 1 Februari lalu dilapor mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan reaksi pelbagai termasuk pihak yang tidak senang dengan cadangan tersebut.

Mengulas lanjut, JWP berkata, penyelidik universiti itu dilantik pada 1 Disember tahun lalu bagi menjalankan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan.

Ujarnya, secara keseluruhan terdapat empat laporan yang perlu disediakan UIAM dalam tempoh Disember 2025 hingga Mac tahun ini.

Empat laporan itu ialah laporan awalan/insepsi, interim, draf laporan akhir dan laporan akhir.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, UIAM dilapor masih belum memulakan kajian kebolehlaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Perkara tersebut disahkan Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, menurut laporan portal berita tempatan.

Abdul Rashid Hussain berkata, ketika ini ia hanya membabitkan kajian akademik yang masih belum siap.

 

Ringkasan AI

  • UIAM sedang menyediakan draf laporan akhir untuk Kajian Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 untuk Jabatan Wilayah Persekutuan
  • Kajian tersebut merangkumi analisis dasar, sejarah perundangan, dan perbandingan undang-undang luar negara
  • Laporan Insepsi/Awalan dan Laporan Interim telah dibentangkan kepada JWP
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyarankan kajian kebolehlaksanaan untuk pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur
  • Penyelidik UIAM dilantik untuk menjalankan kajian terhadap Akta Ibu Kota Persekutuan dan masih belum memulakan kajian pilihan raya Datuk Bandar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!