Mayat wanita dikerat: Kepala, badan ditemui di lokasi berhampiran

KOTA KINABALU - Penemuan baharu yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini melibatkan anggota badan dan kepala, dipercayai sebahagian daripada anggota yang dikerat sebelum ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar pada pagi Khamis.
Difahamkan, kedua-dua anggota badan itu ditemui pada jam 11.40 pagi di satu lagi tempat pembuangan sampah berhampiran sebuah pasar raya, tidak jauh dari lokasi penemuan pertama melibatkan kaki dan tangan mangsa.
Penemuan itu hasil daripada pencarian pasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi berhampiran.
Sebelum itu, polis mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dipercayai milik wanita di kawasan tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat termasuk penemuan baharu tersebut.
Penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dipercayai dikerat.
Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.
Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.
Ringkasan AI
- Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik wanita ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar
- Anggota badan tersebut ditemukan di tempat pembuangan sampah berhampiran sebuah pasar raya
- Penemuan itu adalah hasil daripada pencarian pasukan polis
- Polis mengesahkan penemuan beberapa anggota badan sebelum ini
- Mayat wanita yang dikerat ditemui pekerja lori sampah dalam plastik sampah berwarna hitam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
