13,000 KIR belia di Kelantan miskin

Jasri (dua, kanan) semasa Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani di Masjid Al-Husna, Kampung Baung Bayam di Kota Bharu pada Sabtu. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Jasri (dua, kanan) semasa Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani di Masjid Al-Husna, Kampung Baung Bayam di Kota Bharu pada Sabtu. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Dianggarkan seramai 13,000 ketua isi rumah (KIR) dalam kalangan belia di Kelantan tergolong dalam kategori miskin.

Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jasri Kasim berkata, jumlah tersebut direkodkan sehingga Disember tahun lalu.

"Golongan ini merupakan individu berusia 18 hingga 30 tahun yang berkahwin awal dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang cahaya mata," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani di Masjid Al-Husna, Kampung Baung Bayam di sini.

Hadir sama ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Menurut beliau, susulan itu ICU JPM akan membantu golongan berkenaan menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Ujarnya, ia meliputi latihan kemahiran, peralatan dan keperluan lain dalam usaha membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan.

Dalam perkembangan lain, Jasri memberitahu, pihaknya terus komited menjayakan agenda kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan di negeri ini.

"Kita masih dalam proses untuk mencapai sasaran dalam membasmi kemiskinan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 13,000 ketua isi rumah belia di Kelantan dikategorikan miskin
  • Golongan ini adalah individu berusia 18 hingga 30 tahun yang berkahwin awal
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang cahaya mata
  • ICU JPM akan membantu golongan tersebut melalui pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan
  • Jasri menyatakan komitmen untuk menoktahkan kemiskinan di Kelantan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!