'Anak tidak pandai berenang tapi tetap mahu selamatkan rakan'

Mohd Zahir ayah kepada arwah Muhammad Naim ditenangkan oleh ahli keluarga di lokasi kejadian.
Mohd Zahir ayah kepada arwah Muhammad Naim ditenangkan oleh ahli keluarga di lokasi kejadian.
A
A
A

KOTA BHARU - "Anak tidak pandai berenang, tapi dia tetap mahu selamatkan rakan. Rakan selamat tapi dia yang lemas."

Demikian luah ibu kepada mangsa lemas, Muhammad Naim Mohd Zahir Alam, 12, iaitu Maizatuakma Zakaria, 46, semasa ditemui di lokasi kejadian di sungai berhampiran Jambatan Bunut Payung, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di sini pada Rabu.

Menurut kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan itu, anaknya dikatakan datang ke sungai tersebut bersama tiga lagi rakan sebayanya yang belajar di sekolah sama iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 3 di sini.

"Saya dimaklumkan oleh pengasuh, Muhammad Naim tidak sempat menukar pakaian seragam. Dia juga tidak sempat makan dan minum sebaliknya terus ke sungai selepas diajak rakan-rakan.

Jenazah ditemukan pada jam 5.25 hasil operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan.
Jenazah ditemukan pada jam 5.25 hasil operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan.

"Saya dimaklumkan rakan dia mandi dan dua daripadanya lemas. Muhammad Naim telah turun ke dalam air untuk selamatkan rakannya itu dan sempat dihalang oleh salah seorang lagi rakan tapi dia tetap berbuat demikian," katanya.

Dia memberitahu, anaknya itu dikatakan tenggelam dan hilang dari pandangan rakan-rakan lain.

Maizatuakma memberitahu, Muhammad Naim merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan sangat rapat dengan ayahnya, Mohd Zahir Alam, 47.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, Muhammad Naim tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap namun beberapa hari ini dia yang menghantar anaknya itu ke sekolah sedangkan sebelum ini hanya berbasikal.

Rakan-rakan arwah Muhammad Naim menunggu di lokasi kejadian semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
Rakan-rakan arwah Muhammad Naim menunggu di lokasi kejadian semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Menurut dia, ini kerana anak bongsunya, Muhammad Nazim, 5, sering meminta arwah untuk menemankannya ke sekolah setiap pagi.

"Saya juga sedikit terkilan kerana Muhammad Naim ada meminta untuk belikan baju pendidikan jasmani yang baharu. Saya belum beli lagi dan minta dia pakai yang lama," katanya.

Sinar Harian Online sebelum itu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan rakan semasa mereka mandi di sungai berhampiran Jambatan Bunut Payung, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di sini

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Asri Abd Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi.

"Mayat mangsa ditemukan pada jam 5.25 hasil operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan," katanya.

Ringkasan AI

  • Anak tidak pandai berenang tapi cuba selamatkan rakan dan akhirnya lemas
  • Muhammad Naim, 12 tahun, pergi ke sungai bersama tiga rakan sekelas dari SK Sultan Ismail 3
  • Dia tidak sempat bertukar pakaian atau makan sebelum pergi ke sungai
  • Muhammad Naim cuba selamatkan rakan yang hampir lemas tetapi akhirnya dia yang tenggelam
  • Mayat Muhammad Naim ditemukan selepas operasi cari dan selamat dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!