JIM Kelantan tahan 18 PATI di Kota Bharu, Tumpat

Seramai 18 PATI ditahan JIM Kelantan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat pada Rabu. Foto: JIM
Seramai 18 PATI ditahan JIM Kelantan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat pada Rabu. Foto: JIM
A
A
A

KOTA BHARU – Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat pada Rabu.

Kesemua PATI yang ditahan itu hasil pemeriksaan dilakukan di beberapa lokasi tumpuan antaranya Wakaf Che Yeh, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kampung Kedai Buluh serta sebuah resort di Pulau Suri, Tumpat.

Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, kesemua individu yang ditahan itu masing-masing berusia antara 18 hingga 43 tahun.

"Daripada jumlah yang ditahan, enam lelaki adalah warga Bangladesh, enam lelaki warga Myanmar, lima lelaki warga Pakistan dan seorang wanita warga Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, kejayaan tersebut adalah hasil maklumat risikan awal yang dilakukan oleh JIM Kelantan.

Ujar Mohamed Yusoff Khan, seramai 15 pegawai bahagian penguatkuasaan telah terlibat dalam operasi yang bermula pada jam 10 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 18 PATI ditahan di Kota Bharu dan Tumpat
  • Tertangkap di lokasi seperti Wakaf Che Yeh dan Kampung Kedai Buluh
  • Usia mereka berkisar antara 18 hingga 43 tahun
  • Terdapat warga Bangladesh, Myanmar, Pakistan, dan Thailand
  • Operasi berdasarkan maklumat risikan dan melibatkan 15 pegawai penguatkuasaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!