Lelaki maut ditembak enam das depan kedai

Seorang lelaki maut selepas ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah premis.
Seorang lelaki maut selepas ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah premis.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki maut selepas ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Besar Permatang Keling di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam, mangsa berusia 38 tahun yang dipecayai pemilik premis berkenaan dikatakan sedang berada di hadapan premis berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.

Suspek dikatakan melepaskan lebih enam das tembakan ke arah mangsa hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
  • Mangsa berusia 38 tahun, dipecayai pemilik premis, ditembak oleh dua lelaki menunggang motosikal
  • Lebih enam das tembakan dilepaskan ke arah mangsa
  • Mangsa meninggal dunia setelah dikejarkan ke hospital
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!