'Minta maaf Daddy, tidak boleh bayang perasaan Daddy ketika ini' - Yana Najib

Gambar kenangan Yana bersama bapanya yang dikongsikan di Instagram tahun lepas. Foto: Instagram Yana Najib
Gambar kenangan Yana bersama bapanya yang dikongsikan di Instagram tahun lepas. Foto: Instagram Yana Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa meluahkan rasa sedih selepas bapanya diputuskan kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.

Dalam perkongsian tersebut, Nooryana yang lebih mesra dikenali sebagai Yana Najib mengakui tidak mampu membayangkan perasaan bapanya ketika ini, namun menitipkan kata-kata semangat agar terus kuat dan tabah menghadapi ujian.

"Sangat-sangat minta maaf Daddy. Tak boleh bayangkan perasaan daddy ketika ini. Banyak-banyak sabar ya? Kita akan bangkit dan terus berjuang pada hari lain seperti biasa.

"Jaga kesihatan Daddy, itu yang paling penting," katanya menerusi Insta Story pada Isnin.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan harapan bekas Perdana Menteri untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya pada Isnin.

Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.

Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa sedih bapanya kekal di Penjara Kajang
  • Nooryana menyuruh bapanya terus kuat dan tabah
  • Dia meminta bapanya menjaga kesihatan
  • Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman di rumah
  • Keputusan berdasarkan Titah Adendum tidak dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan sehingga tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!