Akmal Saleh kecewa Titah Adendum diputuskan tidak sah

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Beliau meluahkan kekesalan kerana titah itu dikatakan tidak sah selepas disorokkan begitu lama, sedangkan pihak Istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Titah Adendum berkenaan dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

"Walaupun pihak istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang Titah Adendum itu dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika menjadi YDPA.

"Bila nak bentuk kerajaan atas titah YDPA menjadi alasan utama. Tetapi hari ini, titah pula dikatakan tidak sah," katanya menerusi di Facebook pada Isnin.

Sehubungan itu, Muhamad Akmal berpandangan bahawa rakyat mampu menilai sendiri situasi yang berlaku berhubung isu berkenaan.

Sebelum itu, Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.

Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah
  • Titah itu disorokkan lama, walaupun Istana Pahang menyatakan dikeluarkan oleh Sultan Pahang sebagai YDPA
  • Titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan
  • Titah tidak dibuat mengikut tatacara Perlembagaan kerana isu tahanan rumah tidak dibincang
  • Lembaga Pengampunan tidak diberi nasihat mengenai titah tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!