Kerajaan teliti keperluan lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan

Muhyiddin semasa sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto: Bernama
Muhyiddin semasa sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti keperluan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berakhir 31 Mac ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan selepas bersidang pada 30 Mac.

"Kita akan teliti dengan perkembangan sekarang dan tindakan ini menunjukkan kesan positif," katanya.

Menurutnya, kerajaan berpuas hati dengan kepatuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan yang sedang dilaksanakan.

"Setakat laporan yang saya terima, 90 peratus patuh arahan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap pergerakan tersebut dapat dikurangkan pada tahap minima.

"Kalau boleh kita dapat mengurangkan pergerakan pada tahap minima," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi di sini hari ini.

Sementara itu, kerajaan akan mengagihkan 10 juta keping topeng muka percuma kepada rakyat yang memerlukan sebaik sahaja bekalan yang diimport dari China tiba.

Artikel Berkaitan:

"Semalam saya sudah arahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menggunakan peruntukan sedia ada untuk membawa masuk topeng muka pada harga RM1.18 sen sekeping," katanya.

Muhyiddin berkata, pengeluaran topeng muka oleh pengeluar tempatan tidak mencukupi untuk menampung keperluan berikutan berdepan dengan masalah kekurangan bahan mentah.

"Kebiasaannya mereka dapat mengeluarkan sehingga tiga keping setiap bulan. Jika bekalan bahan mentah dapat diatasi, ia dapat menampung keperluan dalam negara," katanya.