Wan Azizah lancar buku biografi Tan Sri Asiah Abu Samah

Wan Azizah ketika melancarkan buku biografi bertajuk 'Tan Sri Asiah Abu Samah A Women of Substance” di Persatuan Alumni Universiti Malaya Clubhouse di sini, pada Rabu. - Foto Bernama
Wan Azizah ketika melancarkan buku biografi bertajuk 'Tan Sri Asiah Abu Samah A Women of Substance” di Persatuan Alumni Universiti Malaya Clubhouse di sini, pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan buku biografi bertajuk "Tan Sri Asiah Abu Samah A Women of Substance” di Persatuan Alumni Universiti Malaya Clubhouse di sini.

Buku mengandungi 203 halaman itu menceritakan perjalanan kerjaya tokoh pendidikan negara itu dan merupakan penghormatan terhadap kepimpinan, visi dan sumbangan beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia wanita pertama.

Buku tersebut ditulis dan diselenggara oleh lima bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) iaitu Sharifah Maimunah Syed Zain, Asma Abdullah, Rodziah Ahmad Tajuddin, Rozita Rosli dan Naziah Nawawie.

Wan Azizah dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada sumbangan Asiah yang juga merupakan bekas gurunya ketika menuntut di TKC dan antara individu yang membentuk dan mencorakkan peribadinya.

"Buku ini akan menceritakan siapa Tan Sri Asiah yang kita kenal dan kita tidak kenal," katanya. - Bernama