Zara Qairina pelajar ceria, tiada masalah mental atau tekanan emosi - Saksi

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Isnin mendengar keterangan seorang saksi bahawa Zara Qairina disifatkan sebagai seorang yang ceria, peramah dan tidak menunjukkan tanda mengalami masalah mental atau tekanan emosi sebelum kejadian yang menimpanya.
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Isnin mendengar keterangan seorang saksi bahawa Zara Qairina disifatkan sebagai seorang yang ceria, peramah dan tidak menunjukkan tanda mengalami masalah mental atau tekanan emosi sebelum kejadian yang menimpanya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Zara Qairina disifatkan sebagai seorang yang ceria, peramah dan tidak menunjukkan tanda mengalami masalah mental atau tekanan emosi sebelum kejadian yang menimpanya.

Perkara itu dikemukakan oleh saksi ke-13 yang merupakan kanak-kanak kelima dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu berkenaan di Mahkamah Koroner di sini.

Peguam Shahlan Jufri turut memaklumkan bahawa saksi ke-12, iaitu kanak-kanak keempat yang memberi keterangan pada sesi pagi, juga menyifatkan Zara Qairina sebagai seorang yang baik.

"Mahkamah Koroner hari ini meneruskan prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina. Terdapat dua saksi kanak-kanak memberi keterangan hari ini.

"Saksi berkata Zara orang yang baik. Saksi menerangkan bahawa pada malam kejadian, arwah Zara telah dipanggil ke bilik asrama lain untuk ditanya mengenai kehilangan dompet.

"Pada mulanya dua orang pelajar bertanya dengan Zara mengenai kehilangan dompet. Pada perjumpaan dua orang pelajar dengan Zara ketika itu, Zara duduk bersila di atas lantai dan menghadap salah seorang pelajar yang juga duduk atas lantai," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Katanya lagi, menurut ketangan saksi, ketika dua pelajar bertemu dengan Zara Qairina, beberapa pelajar lain tiba-tiba masuk 'dorm' turut bertemu dengannya.

"Zara masih dalam keadaan duduk bersila semasa beberapa orang lagi pelajar masuk ke dorm. Beberapa pelajar yang baru masuk dorm tersebut berdiri dan Zara duduk menghadap salah seorang pelajar yang berdiri.

"Saksi tersebut mendengar kata-kata seorang pelajar yang berjumpa dengan Zara yang terus marah yang ditujukan kepadanya, termasuk menjerit ugutan kasar seperti 'bodoh, sial, aku injak (pijak) lah kepala kau ni'.

Artikel Berkaitan:

"Jeritan pelajar terhadap Zara kuat dan boleh didengari satu dorm. Saksi mengatakan pelajar-pelajar berjumpa arwah Zara selama 20 minit. Zara kemudiannya dilihat kembali ke bilik asramanya sendiri.

"Menurut saksi, cuaca malam tersebut adalah 'hujan lebat, kuat angin, ribut'. Saksi mengatakan warden menyuruh mereka semua naik ke asrama," katanya.

Shahlan turut disertai oleh rakan peguam lain iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser Elhanan James mewakili Noraidah Lamat iaitu ibu Zara Qairina manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan

Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • Zara Qairina dikenali sebagai individu ceria dan baik
  • Saksi menceritakan Zara dipanggil untuk ditanya tentang kehilangan dompet
  • Beberapa pelajar masuk dorm dan mengeluarkan kata-kata marah kepada Zara
  • Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah dan meninggal esoknya
  • Inkues kematian Zara Qairina berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!