Inkues Zara Qairina: Saksi dedah wujud geng 'Circle 19' dianggotai 19 pelajar

Saksi ke-13 yang merupakan kanak-kanak kelima mendedahkan kepada Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, bahawa terdapat geng 'Circle 19' yang dianggotai 19 pelajar.
Saksi ke-13 yang merupakan kanak-kanak kelima mendedahkan kepada Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, bahawa terdapat geng 'Circle 19' yang dianggotai 19 pelajar.
A
A
A

KOTA KINABALU - Saksi ke-13 yang merupakan kanak-kanak kelima mendedahkan kepada Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, bahawa terdapat geng 'Circle 19' yang dianggotai 19 pelajar.

Peguam Shahlan Jufri berkata, keterangan dalam inkues yang memasuki hari ke-15 mendengar keterangan saksi kanak-kanak seterusnya iaitu yang keempat dan kelima.

"Saksi menceritakan tentang geng Circle 19 yang dipanggil sedemikian kerana mempunyai 19 orang anggota kumpulan. Kumpulan 19 pelajar ini semuanya satu tingkatan dan berkawan rapat sejak dari awal. Saksi adalah sebahagian dari Circle 19.

"Kami tanya sama ada dia tahu mengenai geng Circle 19 ini. Dia kata, dia tahu. Bila kami tanya siapa anggota dalam geng Circle 19 ini, dia beritahu satu-satu nama dan jumlahnya 19 orang. Timbulnya geng Circle 19 ni adalah kawan-kawan rapat. Mereka adalah pelajar tetapi memang kawan-kawan rapat," katanya.

Shahlan yang juga salah seorang daripada pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Katanya lagi, dalam keterangan saksi tersebut juga menceritakan bagaimana seorang pelajar menyuruh Zara Qairina duduk di lantai, sebelum dia ditanya mengenai isu kehilangan dompet.

"Saksi berkata bahawa seorang pelajar telah menuduh Zara mengambil dompet dia, dan Zara berkata bukan dia yang buat. Zara disuruh bersumpah dan Zara bersumpah dengan nama ALLAH dan berkata 'Wallahi'. Para pelajar meminta Zara balik ke bilik dia tetapi dia masih kekal duduk saja di lantai.

"Selepas itu, seorang pelajar lain datang ke dalam bilik menyoal dengan nada marah tentang barangan peribadi pin bendera yang ditemui di dalam beg Zara, sambil menjerit perkataan 'bodoh, sial'.

"Pelajar tersebut tanya kenapa pin benderanya di dalam beg Zara, tetapi Zara diam. Ada pelajar lain juga tanya mengenai lencana bendera kepada Zara dan Zara berkata ’tidak, bukan dia’. Pelajar yang marah itu keluar memanggil beberapa pelajar lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Shahlan berkata, dalam kenyataan saksi, beberapa pelajar terus menyoal Zara Qairina kenapa pin bendera seorang pelajar ada di dalam begnya dan adakah dia mengambilnya.

"Zara tetap berkata bukan dia yang ambil. Saksi juga berkata, ada pelajar melihat surat berlipat bersama beberapa pelajar semasa berdekatan dengan Zara yang masih duduk atas lantai sambil menundukkan kepalanya. Saksi berkata dia tidak masuk campur," katanya.

Shahlan berkata lagi, saksi kemudian mendapat tahu terdapat seorang pelajar terjatuh dari bangunan asrama dan mengenali pakaian yang dipakai oleh Zara pada malam sebelumnya.

"Saksi juga menegaskan bahawa sebelum kejadian, arwah Zara merupakan seorang yang ceria, peramah, dan tidak menunjukkan tanda-tanda masalah mental atau tekanan emosi," katanya.

Shahlan turut disertai oleh rakan peguam lain iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser Elhanan James manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • Saksi ke-13 merupakan kanak-kanak kelima yang mendedahkan kewujudan geng 'Circle 19' beranggotakan 19 pelajar
  • Geng 'Circle 19' terdiri daripada pelajar yang berkawan rapat dan semuanya satu tingkatan
  • Zara Qairina dituduh mengambil dompet dan disuruh bersumpah dengan nama ALLAH
  • Zara menerima tuduhan mengambil pin bendera dari pelajar lain dan situasi bertambah tegang
  • Sebelum kejadian, Zara Qairina dikenali sebagai individu ceria dan tidak menunjukkan tanda masalah mental atau tekanan emosi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!