Lelaki Orang Asli hilang ditemukan lemas di Sungai Cherandong

Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu sejak awal pagi semalam, ditemukan lemas oleh pasukan SAR hari ini. Foto: Bomba
Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu sejak awal pagi semalam, ditemukan lemas oleh pasukan SAR hari ini. Foto: Bomba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu sejak awal pagi semalam, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat Norizan Deris, 47, ditemukan pada 10.53 pagi dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok di dalam air.

"Lokasi penemuan adalah berhampiran tapak perkhemahan Rimba Bayu, kira-kira 300 meter dari lokasi asal mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.36 pagi semalam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian pada 2.50 pagi.

"Operasi SAR yang turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam, Pelabuhan Klang dan KLIA, dijalankan di sepanjang persisiran sungai dengan radius pencarian hingga enam kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Tambahnya, operasi pada hari pertama telah ditangguhkan pada 7 malam semalam berikutan faktor cuaca dan penglihatan yang terhad, sebelum disambung semula pagi ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki Orang Asli dilaporkan hilang di Sungai Cherandong ditemukan lemas
  • Mayat Norizan Deris, 47, ditemukan tersangkut pada pokok di dalam air
  • Lokasi penemuan berhampiran tapak perkhemahan Rimba Bayu, 300 meter dari lokasi asal
  • Operasi SAR dibantu Pasukan Penyelamat Di Air dari pelbagai lokasi
  • Operasi ditangguhkan akibat cuaca buruk, disambung semula pagi berikutnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!