Warga emas ditemukan lemas dalam sungai

PASIR PUTEH - Mayat seorang warga emas ditemukan terapung di Sungai Setol di Kampung Bukit Tanah, Hujung Tanjung di sini pada Khamis.
Mangsa, Saudah Mat Zin, 71, dipercayai nyanyuk dan sudah tidak pulang ke rumah sejak Rabu malam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Ridhuan Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.45 pagi berhubung kes seorang warga emas yang hilang selepas ke kebun.
"Kami telah membuat pencarian di lokasi yang dinyatakan.
"Pada sekitar jam 12 tengah hari mayat mangsa telah ditemukan di Sungai Setol oleh penduduk yang menjala ikan di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Menurut beliau, mayat warga emas berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

