Rangka wanita ditemui di kawasan belukar

TEMERLOH - Satu rangka manusia dipercayai seorang wanita ditemukan di kawasan parit dan belukar berhampiran Flat Damai Taha, Mentakab.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung penemuan itu kira-kira jam 12 tengah hari, Ahad.
Menurutnya, susulan penemuan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, rangka itu dipercayai seorang wanita berdasarkan pakaian yang ditemui namun tiada sebarang identiti ditemui.
"Rangka manusia itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh bagi tujuan proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 10 Februari ini,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis masih menunggu laporan penuh daripada pihak Forensik.
Mohd Nasyim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razzi Ismail di talian 017-2314245.
Ringkasan AI
- Rangka manusia dipercayai wanita ditemukan di kawasan parit dan belukar berhampiran Flat Damai Taha, Mentakab
- Ketua Polis Daerah Temerloh menerima maklumat penemuan itu pada jam 12 tengah hari, Ahad
- Sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Bahagian Forensik telah menjalankan pemeriksaan awal
- Rangka itu dipercayai seorang wanita berdasarkan pakaian tanpa identiti ditemui
- Siasatan lanjut masih dijalankan dan rangka manusia itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bagi proses bedah siasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

