Pergaduhan Taman Beringin: 10 ditahan, semua ada rekod jenayah

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan antara dua kumpulan di Taman Beringin, di sini pada Jumaat yang didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 28 hingga 41 tahun.
“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau sama ada membabitkan jenayah, dadah atau kedua-duanya.
“Perintah reman ke atas suspek diperoleh antara satu hingga tiga hari bermula Ahad hingga Selasa. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, media melaporkan bahawa kejadian pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu tidak dikenali yang menampar anak saudara salah seorang suspek.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari dilaporkan berkata, 10 lelaki tempatan ditahan pada Sabtu dan awal pagi Ahad di sekitar Jinjang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang pekerja katering, iaitu lelaki tempatan berusia 33 tahun, yang mendakwa dipukul secara tiba-tiba oleh sekumpulan individu.
Ringkasan AI
- Seramai 10 individu ditahan membantu siasatan pergaduhan di Taman Beringin
- Suspek berusia 28 hingga 41 tahun memiliki rekod jenayah dan dadah
- Reman suspek antara satu hingga tiga hari untuk siasatan
- Pergaduhan berpunca daripada anak saudara ditampar oleh individu tidak dikenali
- Laporan polis dibuat oleh pekerja katering yang mendakwa dipukul secara tiba-tiba
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
