Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas terjatuh sungai

BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai dalam satu kejadian di Kota Aur, Kuala Muda di sini, pada petang Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa, Muhammad Aidil Firash Khairul Azman, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tiba di lokasi kejadian.
"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.24 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.
"Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Saiful Adimin Ibrahim bersama lapan anggota dengan menggunakan jentera LFRT dan FRV. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.37 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis tindakan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!