Doktor sahkan Zara Qairina masih hidup pada 16 Julai lalu di hospital

Allahyarham Zara Qairina
Allahyarham Zara Qairina
A
A
A

KOTA KINABALU - Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Janefer Voo mengesahkan Zara Qairina Mahathir masih hidup ketika berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) berdasarkan dokumen pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika disoal peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang lima remaja yang dituduh dalam kes berkaitan pelajar Tingkatan Satu itu.

Ram dalam soalannya bertanya adakah Zara Qairina masih hidup ketika kali terakhir dilihat pada 16 Julai seperti tarikh yang diletakkan dalam laporan perubatan yang disediakannya.

"Ya, secara teknikalnya pada waktu itu jam 6.40 pagi saya tidak berada di Jabatan Kecemasan HQE kerana syif saya sudah tamat tetapi berdasarkan dokumentasi, ya dia masih hidup," kata Dr Janefer dalam sesi keterangannya di Mahkamah Koroner, di sini, pada Isnin.

Sebelum itu, Dr Janefer ketika ditanya Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad yang bertindak sebagai pegawai pengendali memberitahu mahkamah bahawa laporan perubatan itu disediakannya sendiri memandangkan beliau merupakan doktor pertama yang menerima pesakit tersebut.

Dr Janefer dalam pada itu turut menjelaskan mengenai hasil imbasan tomografi berkomputer (CT scan) iaitu bahagian otak menunjukkan pendarahan dan bengkak pada otak serta tiada patah pada tengkorak dan tulang leher.

"CT scan abdomen dan pelvis menunjukkan patah tulang lumbar dua, tiga dan empat serta darah beku pada pelvis dan otot psoas kiri. CT Scan kaki menunjukkan patah dan terkehel pada kedua-dua tulang tibia dan buku lali, dengan kaki kiri lebih teruk termasuk patah tumit," katanya.

Badius seterusnya bertanya apa hasil diagnosis keseluruhan Zara Qairina dan rawatan lain yang mungkin membantu pesakit.

"Pesakit mengalami polytrauma dengan kecederaan otak teruk termasuk pendarahan otak dan bengkak, patah tulang pada tangan kiri, kedua-dua kaki, tumit kiri, tulang belakang lumbar, serta darah beku pada pelvis dan otot psoas kiri.

Artikel Berkaitan:

"Semua rawatan resusitasi yang diperlukan telah diberikan mengikut protokol trauma," jelasnya kepada mahkamah.

Sementara itu, ditanya mengenai maksud 'high impact' dalam kenyataan bertulisnya, Dr Janefer menjelaskan bahawa ia bermaksud mekanisme kecederaan yang melibatkan tenaga kinetik yang kuat atau hentakan yang kuat berserta contoh.

"Contoh kes trauma yang melibatkan 'high impact' ialah kemalangan yang menyebabkan kematian di tempat kejadian, mangsa tercampak jauh, atau jatuh dari tempat tinggi," jelasnya.

Sementara itu, peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili empat remaja lain turut menyoal saksi mengenai kecederaan lain yang dilihat selain dalam kenyataan saksinya itu.

"Saya tidak nampak bengkak pada bahagian leher kerana pesakit dipakaikan pendakap leher," katanya.

Prosiding dihadiri pasukan peguam sebagai pihak berkepentingan dalam kes ini iaitu ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat yang diwakili Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan, selain Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Turut hadir sebagai pihak berkepentingan ialah peguam mewakili bapa arwah Zara Qairina, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, iaitu Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Ram turut bersama rakan sepasukannya, Joan Goah dan Prem Elmer Ganasan manaklaa Abdul Fikry pula bersama rakan sepasukannya, Azhier Farhan Arisin

Inkues sepanjang bulan ini juga turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane.

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!