Kes tipu OTP catat kerugian RM151,000

Rusdi
Rusdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka 26 kertas siasatan berkaitan kes sindiket penipuan yang meminta nombor 'one time password' (OTP), membabitkan kerugian sebanyak RM151,000 sejak Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa mendakwa telah menerima satu pesanan dan menekan pautan yang diberikan.

"Aplikasi WhatsApp milik mangsa berisiko untuk diambil alih oleh sindiket penipuan apabila mangsa mengisi maklumat berkaitan OTP tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Rusdi berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menghantar pesanan dan pautan secara rawak kepada nombor telefon mangsa.

"Jika mangsa menekan pautan tersebut dan mengisi maklumat seperti diarahkan oleh sindiket, aplikasi WhatsApp berkenaan mungkin akan diambil alih," jelasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memadamkan pesanan atau pautan yang mencurigakan serta memeriksa kandungan pautan Pelokasi Sumber Seragam (URL) dengan teliti.

"Jangan sesekali mengisi maklumat peribadi dan pastikan kata laluan ditukar secara berkala," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!