Kes penipuan di Kelantan meningkat, nilai kerugian cecah RM8.79 juta - Polis

Mohd Yusoff FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
Mohd Yusoff FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU – Kes penipuan di negeri ini amat membimbangkan jumlahnya kerana berlaku peningkatan ketara pada suku petama tahun ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Berdasarkan statistik terkini beliau berkata, kes direkodkan dari Januari hingga Mac menunjukkan peningkatan sebanyak 33.3 peratus atau 89 kes berbanding tahun lalu.

Menurutnya, pada tempoh yang sama tahun lalu, terdapat 267 kes dengan kerugian berjumlah RM7.37 juta, manakala tempoh sama tahun ini, jumlah kes mencecah 356 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM8.79 juta.

Ketibaan Mohd Yusoff (kanan) menyambut tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri di IPK Kelantan pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
Ketibaan Mohd Yusoff (kanan) menyambut tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri di IPK Kelantan pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID

Katanya, kes juga semakin meluas melibatkan pelbagai golongan tanpa mengira usia atau latar belakang pendidikan.

“Lebih mengejutkan, kami mendapati beberapa mangsa penipuan sanggup membayar sejumlah wang yang besar walaupun mereka pada awalnya ingin meminjam wang.

“Ada yang mahu meminjam RM100,000, tetapi akhirnya habiskan RM230,000 untuk ‘proses’ yang kononnya diperlukan oleh scammer,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Mohd Yusoff berkata, modus operandi scammer kini semakin licik dengan menggunakan pelbagai teknik untuk memperdaya mangsa.

Artikel Berkaitan:

“Ada yang melibatkan tawaran pinjaman palsu, pelaburan dalam talian dan pembelian barangan secara dalam talian termasuk kenderaan.

“Kebanyakan mangsa tertipu dengan tawaran mudah yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!