Wanita terselamat pokok tumbang hempap kereta

Mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Foto JBPM Perak
Mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Ipoh-Lumut berhampiran kawasan kuari menghala ke Batu Gajah, petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.03 petang.

Anggota bomba melakukan operasi menyelamat di lokasi kejadian.
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

"Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih yang tiba di lokasi kejadian pada 4.10 petang mendapati sebatang pokok hutan telah tumbang lalu menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 41 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Pokok tumbang menghempap bahagian hadapan kereta Myvi yang dipandu seorang wanita. Foto JBPM Perak
Pokok tumbang menghempap bahagian hadapan kereta Myvi yang dipandu seorang wanita. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 5 petang setelah keadaan disahkan selamat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Ipoh-Lumut
  • Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.03 petang
  • Pokok hutan tumbang menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 41 tahun
  • Mangsa berjaya keluar dari kenderaan tanpa sebarang kecederaan
  • Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 5 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!