Suami isteri maut motosikal terbabas di Lebuhraya PLUS

KULAI - Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer 37.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki itu kira-kira 1.40 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa penunggang lelaki berusia 55 tahun bersama pembonceng iaitu isterinya yang berumur 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, dan kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. - Bernama
Ringkasan AI
- Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Utara-Selatan
- Maklumat kemalangan diterima oleh polis pada pukul 1.40 petang
- Motosikal Kawasaki terbabas setelah hilang kawalan
- Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
