Lelaki maut kereta dipercayai terbabas ke dalam sungai

Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta terbabas ke dalam sungai di Seremban. Foto JBPM Negeri Sembilan
Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta terbabas ke dalam sungai di Seremban. Foto JBPM Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak awal pagi tadi.

"Keluarga mangsa kemudian bertindak menjejaki lokasi terakhir mangsa melalui Sistem Pengesanan Global (GPS) pada kereta jenis Toyota Yaris yang dipandu lelaki itu.

"Hasil semakan mendapati lokasi terakhir kereta tersebut berada di kawasan berhampiran sungai berkenaan sebelum operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan Zon 1 Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPgB Mohd Fadhli Shamsudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 5 petang tadi.

"Mayat mangsa ditemukan pada 6.15 petang, kami mengalami sedikit kesukaran memandangkan sungai agak dalam dan air deras berikutan hujan sejak awal pagi tadi,” katanya dan menambah operasi membabitkan 13 anggota itu tamat pada 6.40 petang. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta terbabas ke dalam sungai di Seremban
  • Mangsa berusia 25 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarga
  • Keluarga mangsa menjejaki lokasi terakhir menggunakan GPS pada kereta Toyota Yaris
  • Operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba setelah lokasi terakhir dikenal pasti
  • Mayat mangsa ditemukan petang itu dalam operasi yang melibatkan 13 anggota bomba

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!