Serangan Israel di Syria, Lubnan: Malaysia gesa UNSC laksana tanggungjawab

Malaysia menggesa UNSC untuk melaksanakan tanggungjawab berlandaskan piagamnya bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Syria dan Lubnan. Foto Agensi
Malaysia menggesa UNSC untuk melaksanakan tanggungjawab berlandaskan piagamnya bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Syria dan Lubnan. Foto Agensi
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk melaksanakan tanggungjawab berlandaskan piagamnya bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Syria dan Lubnan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara oleh rejim Zionis Israel di Damascus dan bandar Druze, Republik Arab Syria serta di Lembah Bekaa, Lubnan.

"Serangan-serangan ini secara terang-terangan melanggar integriti wilayah dan kedaulatan Syria dan Lubnan yang melanggar piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

"Tindakan itu juga telah mengakibatkan ratusan nyawa terkorban, termasuk orang awam. Masyarakat antarabangsa tidak seharusnya membiarkan tindakan keganasan berterusan oleh rejim Zionis Israel ke atas negara-negara lain, yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, Malaysia menyeru UNSC melaksanakan tanggungjawab berlandaskan piagamnya bagi menamatkan kitaran keganasan ini dalam memastikan keamanan dan kestabilan rantau berkenaan terus berkekalan.

Tambah kenyataan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Amman dan Kedutaan Malaysia di Beirut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan melalui talian +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (pegawai bertugas) atau e-mel: mwamman@kln.gov.my.

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan pula boleh menghubungi talian +961 7677 2527 / +961 7138 0063 (pegawai bertugas) atau e-mel: mwbeirut@kln.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!