Lelaki 'amuk' guna jengkaut rempuh bangunan kerajaan

Kira-kira enam bahagian struktur bangunan di Pusat Perkhidmatan Kerajaan Fengdong New City di Kawasan Baharu Xixian itu mengalami kerosakan.
Kira-kira enam bahagian struktur bangunan di Pusat Perkhidmatan Kerajaan Fengdong New City di Kawasan Baharu Xixian itu mengalami kerosakan.
A
A
A

XI'AN - Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila nekad merempuh sebuah pusat perkhidmatan kerajaan di wilayah Shaanxi, China dengan jengkaut.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan jentera berat itu berulang kali menghentam bahagian hadapan premis sehingga mengakibatkan beberapa struktur seperti tangga dan pintu kaca rosak teruk.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira enam bahagian struktur bangunan di Pusat Perkhidmatan Kerajaan Fengdong New City di Kawasan Baharu Xixian itu mengalami kerosakan akibat 'amukan' yang berlaku selama kira-kira sejam.

Polis Daerah Xixian memaklumkan suspek dikenal pasti sebagai Hu, 47, ditahan di lokasi selepas pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan malah pusat perkhidmatan itu kembali beroperasi beberapa jam kemudian selepas kakitangan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai tidak berpuas hati berhubung pampasan berkaitan pengambilan sebuah ladang ternakan, namun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi menentukan motif sebenar tindakannya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!